Saturday, February 21, 2009

mucuskeras membeku

suatu petang yang mendung, tika slimut menjadi peneman diri mengharungi mimpi, mimpi chapter 4 biologi form 5 jika tidak silap, satu sound wave mencucuk2 telingaku, dan sound wave itu jika diintepretkan, berbunyi begini, "acap!! bangun, mu nok main takraw dop?"

ahh.. siapakah gerangan halnya yang mengganggu mimpiku, sialan, tidak sempat daku klimaks lagi dalam mimpiku.. fikirku setelah terjaga dari lena yang agak panjang, mata beratku kubuka, kelihatan sekujur tubuh yang seakan2 seperti tulang hidup mengintaiku dari luar pintu, ingin sahaja kumelompat keluar dari tingkap, terkejut melihatnya, fikirkan sahaja betapa tinggi blikku dari tanah, tidak mahuku hilang nyawa, daku masih belum kahwin, masih belum menikmati malam pertama, cuma pernah dalam mimpi sahaja, dan masih belum pernah menerima layanan kasih sayang seorang isteri.

lantas bergegas daku ke bilik air dalam usaha ku mengerjakan kewajipan 5 waktu seharian, selesai, daku bersiap2, seluar pendek disarungkan, kunci dicapai lantas diselukkan ke dalam saku seluar, sedang daku mengikat tali kasut, datang seorang manusia yang sungguh familiar bagi diriku, "turun dop?" mahu pecah perutku mendengar suaranya yang pecah itu.

"turunlah, dah pakai kasut ni, xkan nak gi berenang kot" balasku, "mg tunggu aku jap", katanya sambil tangan kirinya diangkat, dan dijolokkan jari kelingkingnya ke dalam salah satu lubang hidung, ahh,, saat ini daku berfikir, sialan punya mizang, mahuku tunggu, tapi dia sedang enak membersihkan organ kesayangannya itu, inilah hobinya, mengorek segale mucus2 yang telah pun membeku, huh, menjaga kebersihan diri lah kononnya, lebih2 lagi jika dia ingin bertemu insan berlainan jantina, insan bergelar hawa, sering kali soalan ini diajukan kepadaku sambil menunjukkan lubang hidungnya, " ade taik idung x?"

setelah beberape lame jarinya mengexplore gua gelap berbulu itu, akhirnya jarinya itu jumpa segumpal mucus yang masih fresh lagi, tidak kering sepenuhnya, masih melekit2 gitu, digentel2kannya menjadi bulat lantas dishootkan kepadaku, cibaikia, daku insan tidak bersalah, kenapa!!??

tembakan pertama tersasar, tidak berputus asa, dia mencari lagi, hah, jumpa, kali ini, menyedari tangannya tidak berbakat untuk mengeshoot dengan tepat, dia memanjangkan tangannya mencapai bahuku, sialan, daku ingat dia mahu buat apa, rupanya mencalit mucus pada bahuku.. ahh.. daku redha dengan ketentuan ilahi, bersabar, kerna, orang yang bersabar sudah tentu mendapat balasan baik pada hari perhitungan nanti kelak.

bayangkan sahaja, sedang anda asyik melakukan sesuatu, menonton animasi si span kuning petak contohnya, ya, daku sukakan rancangan itu, datang pula seketul meteor hinggap di muka anda, mahu sahaja dibalingkan televisyen itu kepada si penembak bukan? bayangkan pula jika anda berada di posisi si penembak, dan pada waktu itu, pernafasan anda kurang baik akibat si mucus beku durjana, barangkali mengeluarkan bunyi juga ketika angin berpusu2 keluar masuk nostril, dan pada saat itu juga beribu manusia di depan anda, hah, betapa seksanya hidup, terbantut niat untuk mengorek2.

2 comments:

  1. yg tulang 2 aku stuju,mnakutkan, dan mucus2 mizang!!haha,bak kate low,,eeeeyuuuu

    ReplyDelete
  2. http://spark-asyraf.blogspot.com/
    link bru

    ReplyDelete