Saturday, February 21, 2009

mucuskeras membeku

suatu petang yang mendung, tika slimut menjadi peneman diri mengharungi mimpi, mimpi chapter 4 biologi form 5 jika tidak silap, satu sound wave mencucuk2 telingaku, dan sound wave itu jika diintepretkan, berbunyi begini, "acap!! bangun, mu nok main takraw dop?"

ahh.. siapakah gerangan halnya yang mengganggu mimpiku, sialan, tidak sempat daku klimaks lagi dalam mimpiku.. fikirku setelah terjaga dari lena yang agak panjang, mata beratku kubuka, kelihatan sekujur tubuh yang seakan2 seperti tulang hidup mengintaiku dari luar pintu, ingin sahaja kumelompat keluar dari tingkap, terkejut melihatnya, fikirkan sahaja betapa tinggi blikku dari tanah, tidak mahuku hilang nyawa, daku masih belum kahwin, masih belum menikmati malam pertama, cuma pernah dalam mimpi sahaja, dan masih belum pernah menerima layanan kasih sayang seorang isteri.

lantas bergegas daku ke bilik air dalam usaha ku mengerjakan kewajipan 5 waktu seharian, selesai, daku bersiap2, seluar pendek disarungkan, kunci dicapai lantas diselukkan ke dalam saku seluar, sedang daku mengikat tali kasut, datang seorang manusia yang sungguh familiar bagi diriku, "turun dop?" mahu pecah perutku mendengar suaranya yang pecah itu.

"turunlah, dah pakai kasut ni, xkan nak gi berenang kot" balasku, "mg tunggu aku jap", katanya sambil tangan kirinya diangkat, dan dijolokkan jari kelingkingnya ke dalam salah satu lubang hidung, ahh,, saat ini daku berfikir, sialan punya mizang, mahuku tunggu, tapi dia sedang enak membersihkan organ kesayangannya itu, inilah hobinya, mengorek segale mucus2 yang telah pun membeku, huh, menjaga kebersihan diri lah kononnya, lebih2 lagi jika dia ingin bertemu insan berlainan jantina, insan bergelar hawa, sering kali soalan ini diajukan kepadaku sambil menunjukkan lubang hidungnya, " ade taik idung x?"

setelah beberape lame jarinya mengexplore gua gelap berbulu itu, akhirnya jarinya itu jumpa segumpal mucus yang masih fresh lagi, tidak kering sepenuhnya, masih melekit2 gitu, digentel2kannya menjadi bulat lantas dishootkan kepadaku, cibaikia, daku insan tidak bersalah, kenapa!!??

tembakan pertama tersasar, tidak berputus asa, dia mencari lagi, hah, jumpa, kali ini, menyedari tangannya tidak berbakat untuk mengeshoot dengan tepat, dia memanjangkan tangannya mencapai bahuku, sialan, daku ingat dia mahu buat apa, rupanya mencalit mucus pada bahuku.. ahh.. daku redha dengan ketentuan ilahi, bersabar, kerna, orang yang bersabar sudah tentu mendapat balasan baik pada hari perhitungan nanti kelak.

bayangkan sahaja, sedang anda asyik melakukan sesuatu, menonton animasi si span kuning petak contohnya, ya, daku sukakan rancangan itu, datang pula seketul meteor hinggap di muka anda, mahu sahaja dibalingkan televisyen itu kepada si penembak bukan? bayangkan pula jika anda berada di posisi si penembak, dan pada waktu itu, pernafasan anda kurang baik akibat si mucus beku durjana, barangkali mengeluarkan bunyi juga ketika angin berpusu2 keluar masuk nostril, dan pada saat itu juga beribu manusia di depan anda, hah, betapa seksanya hidup, terbantut niat untuk mengorek2.

Sunday, February 15, 2009

lap0ran

'noob will always be noob'
itu omputih kate, translatekan kepade base melayu, lebih sopan bunyinya:
'sialan memang tetap sialan'
aha.. melayu memang terkenal dengan kesopanan mereka..

satu noob yang kutahu, hobinya menulis surat rasmi, memang sejak kecil barangkali.. dan noob ini, dalam perjuangannya, ada seorang feeder yang membackupnya, ya, ade juga golongan feeder tuan puan, feeder dalam konteks ini agak berlainan, feeder ini pula feed si noob(membe seperjuangan) sehingga dia fat, sebab tu si noob ni berani sangat, omputih kate, 'support', support abah ko..

sebut tentang belajar, tentu ade pelajarnya, dan tentu juga ada pengajarnya, kadangkala guru ini tiada pengalaman untuk mengajar bidang tu, salah siapa? Uh,, kalau lecturer foundation dicampaknya mengajar a-level, masakan dia tahu segale2 tentang alevel?

ahh.. berbalik pula kepade si noob yang satu ni, dengan yakin dan konfidennya, tanpa terlintas di fikiran betape sengal dirinya, menaip surat, atau jika tidak mampu menaip, mungkin menulis dengan tangan sahaja, barangkali tidak, tambah pula dengan tulisan yangayam pun tdak boleh mengintepretnya, kerna, zaman sekarang zaman moden, zaman global bak kate bibik ku, mahukan laptop? minta saje pada ibu bape, lantas berkerja keras lah si ibu bapa mencari duit demi pembelajaran anak2 mereka, namun adakah dota subjek pembelajaran mereka?

ahh,, daku lari lagi dari tajuk, ape yang ditulisnya oleh si noob satu ni? ya, segale rase tidak puas hatinya, ape yang tak betul bagi dirinya, baguslah dia muntahkan segale prasaannya, andai dipendam, meletup pula, ala2 kentut juga, nawaitunya betul, untuk mase depan juga bukan? kalau tidak dikomplen makin teruk pula nnti, tapi, bahgian yang sengalnya tentang noob ini, beliau tak berbincang terlebih dahulu dengan ahli2 lain, lantas mengambil inisiatif menulis surat, dengan harapan mendapat kredit drpd apa yang dilakukannya, mahu digelar hero barangkali, dah tu pula, bila ditanya, tidak pula diakuinya, barangkali, yang menanya itulah noob yang diwar2kan, aduss,,
rezab hidup ini

pada hematku, 'gb' kan saje si noob ni, begini, mat cah stun, pofin kasi slow, bun pusing, mizang dengan 'totem'nya memukul si noob, dan pabila si noob tu mahu melarikan diri, jahar mengorak langkah, chronosphere dilakukannya, tapi lazimnya, ulti si jahar ini dilancarkan pada membe sendiri, hero terlepas, jangan gundah, jangan gelana, ya, hero datang, acap blink, cak, mati terus.. yaha, tapi kalau mizang wat fissure, nescaye si noob tidak dapat lari, namun....... kalau dah termaktub pada namenya adalah mizang,, faham2 je lah.. sori zang.. amik ko selai..

tentang

sudah menjadi angan2ku tuk mengompos lagu sendiri,
bermelodikan lagu tentang-tentang (butterfingers), lirikinya ku ubah,
blum cukup terer nak buat satu lagu baru, kuubahkan liriknya sahaja,
nyanyikan mengikut lagu tentant-tentang butterfingers,,
tgk older post nk tau lagu die..
layan..


Bukak buku biologi,
bace2 sampai pandai,
ko tak puas hati,
kene bace sendiri,
ko tuka lecturer sendiri,
ko tak puas hati,
kene bace sendiri,
ko tuka lecturer sendiri,

Bukak buku a-level,
satu bende pun x same,
ko tak puas hati,
silibus banyak lari,
nak tuka lecturer lagi,
ko tak puas hati,
silibus banyak lari,
nak tuka, lecturer lagi.

bile backup ramai menyokong kita,
buat meeting, itu ini,
tapi bila sorang2, mulalah gebang,
macam semua orang,
tapi bila sorang2, mulalah gebang,
macam semua orang.

saya ini pun bukan sempurna,
tapi saya tahu,
hubungan dengan,
lecturer, kuperlu menjaganya,
hubungan ku oooh,
kuperlu menjaganya.

gelang si paku gelang,
gelang si rama2,
tentang marilah tentang,
marilah tentang bersame-same.

tentang-tentang

since ni julung kalinya aku mengepost post,
terdetik di hati ingin membuka bicara dengan sedikit nasihat dari butterfingers,
lagu ni kulayan sejak bergelar murid lagi,
arap korang pun layan gak lagu ni..




Bukak radio, di pagi hari,
malam hari sama sahaja,
cinta sana, cinta sini,
aku gila geli,
cinta sana, cinta sini, aku gila geli,

Bukak radio, hitz fm,
propaganda amerika,
apebende yang merdeka,
jilat bontot depa,
pebende, yang merdeka,

bila kawan ramai keliling kita,
cakap besar tunjuk belang,
tapi bila sorang2,
pengecut pemalu,
macam semua orang,
tapi bila sorang2,
pengecut pemalu,
macam semua orang.

saya ini pun bukan sempurna,
tapi saya tahu,
dosa dan pahalaku,
tuhan saja,
tuhan saja yang tahu,
dosa dan pahala ku ooooh,
tuhan saja yang tahu.

gelang si paku gelang,
gelang si rama2,
tentang marilah tentang,
marilah tentang bersama-sama